2010年10月30日星期六

PAS JOHOR DISOKONG RAKYAT----UMNO MENGGALAKKAN MAKSIAT......UNTUK MASUK NERAKA OKAY!!!!(umno)

HUB HIBURAN MALAM PEMANGKIN MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA


Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam dilihat sebagai satu keputusan yang mengejutkan kerana ia dicadangkan dalam keadaan negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial yang berpanjangan.


Seolah-olahnya, masalah pembuangan bayi, kes rogol, pelbagai jenayah dan kerosakan sosial yang sedang merosakkan masyarakat khususnya anak-anak muda pada masa ini tidak menyedarkan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengambil tindakan yang positif bagi menanganinya malah dilihat lebih mengambil sikap untuk menggalakkan agar rakyat terus dihidangkan dengan ramuan yang merosakkan akhlak dan budi pekerti.


Perdana Menteri Malaysia mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa.


Malah, ETP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014. Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Apakah sebenarnya yang ada di dalam pemikiran DS Najib sehingga tergamak untuk mempopularkan budaya berfoya-foya, budaya kelab malam kepada masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya timur yang bersopan-santun dan beradab.


Hiburan kelab malam adalah budaya Barat yang ketika ini menjahanamkan masyarakat mereka dan budaya inilah yang sedang diterap di dalam masyarakat kita.



Tidakkah DS Najib sedar bahawa kerajaan yang dipimpinnya dalam masa yang sama terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

Apakah DS Najib telah ketandusan idea untuk menjana ekonomi negara sehingga beliau memperbanyakkan program-program hiburan?


Kemajuan yang diimpikan oleh DS Najib adalah kemajuan yang berdasarkan kepada material tetapi dalam masa yang sama akan membunuh pembangunan rohani masyarakat.


Renungkanlah kepada Firman Allah,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah.

(Al-Ra’d: 11)


Justeru saya membantah hasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap pelan pembangunan hub hiburan ini.


Sekian, wassalam

Yang benar,



Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

(019-7701830)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 
PAS MEMAPARKAN KESUCIAN DAN KEMURNIAN ISLAM.

没有评论:

发表评论